Monday, 19 March 2018



10 KOMPENEN PENJAGAAN ANAK YANG BERKUALITI

            Berasaskan penyelidikan pakar-pakar kebangsaan, terdapat 10 kompenen penting untuk penjagaan kanak-kanak yang berkualiti tinggi. Rangkaian Sumber Nyawa dan Toddler New York State (NYS) turut menggunakan 10 kompenen ini sebagai panduan dalam membantu menigkatkan lagi kualiti penjagaan untuk bayi, kanak-kanak dan keluarga juga.

-Program Penjagaan Anak Mengikut Amalan Kesihatan dan Keselamatan yang Sesuai.
Negeri New York memastikan keperluan kesihatan dan keselamatan asas dipenuhi dengan melesenkan pusat-pusat jagaan kanak-kanak dan juga mendaftarkan pusat jagaan harian keluarga. Piawaian ini merupakan antara standard tertinggi di NYS yang menangani segala-galanya iaitu daripada prosedur mencuci tangan, latihan sintaksi bagi mengurangkan penyebaran jangkitan, memberi garis panduan tidur yang selamat dan asas pengurusan ubat-ubatan.


-Latihan kepada Kakitangan Tentang Perkembangan Awal Kanak-kanak (0-3).
Menurut penyelidikan, penidikan dan latihan kepada kakitangan merupakan cara terbaik bagi menjamin kualiti penjagaan anak dan juga kejayaan jangka panjang. Penemuan beberapa dekad yang lalu mengenai perkembangan awal otak memberitahu kita bahawa latihan amatlah perlu untuk pengasuh kanak-kanak malah dianggap lebih penting jika dibandingkan dengan pendidikan pra-sekolah atau sekolah rendah. Asuhan dan didikan awal ini memberi tumpuan kepada pembelajaran yang unik bagi bayi dan kanak-kanak juga untuk melatih penjaga tentang cara dalam merancang aktiviti yang sesuai bagi kanak-kanak juga bagaimana memberi stimulasi kognitif melalui perbualan, interaksi dan hubungan responsif.  



-Kesesuaian Persekitaran dengan Umur Kanak-kanak.
Kanak-kanak yang berada di bawah umur 3 tahun (0-3) belajar melalui penerokaan yang berterusan. Mereka akan berinteraksi dengan persekitaran mereka yang akan melibatkan atau merangkumi emosional serta ruang fizikal. Kanak-kanak ini memerlukan ruang (dalam atau luar) yang selamat dan tenang untuk bermain, ruang selamat untuk tidur dan ruang untuk kanak-kanak ini berinteraksi antara satu sama yang lain juga dengan penjaga. Mereka juga memerlukan permainan dan aktiviti dipilih yang berbentuk kepentingan individu dan kebolehan masing-masing bukannya permainan yang bersifat one-size-fits-all group play.
         
-Kumpulan Kecil dengan Rasio Optimal.
Bayi memerlukan penjagaan secara individu dan satu-satu masa untuk interaksi dan rutin. Apabila mereka berkembang , mereka boleh bermain lebih bebas dan boleh mengendalikan aktiviti dalam kumpulan kecil. Nisbah penjaga dan dan saiz kumpulan kanak-kanak pula akan menentukan jumlah masa dan perhatian yang boleh diberikan oleh setiap penjaga kepada setiap anak. Berikut merupakan peraturan nisbah penjaga dan anak di NYS.
a) (Bayi berumur enam minggu hingga 18 bulan) - Satu pengasuh untuk setiap 4 orang bayi. Saiz kumpulan tidak lebih besar adripada lapan orang.

b) (Bayi berumur 18 bulan - 36 bulan) - Satu pengasuh untuk setiap lima orang kanak-kanak. Saiz kumpulan tidak lebih besar daripada 12 orang.

c) Pusat jagaan kanak-kanak keluarga boleh menjaga tidak lebih dari dua orang kanak-kanak di bawah umur dua tahun.

d) Piawaian ini adalah antara yang terbaik di dalam negara. Persatuan Kebangsaan bagi
Education of Young Children and  Zero to Three mengesyorkan satu orang dewasa untuk setiap tiga orang bayi atau empat orang kanak-kanak.
  
- Pengasuh Utama dan Kesinambungan Penjagaan.
 Setiap kanak-kanak seharusnya ditetapkan satu pengasuh utama bagi menggalakkan hubungan satu sama lain yang mampu membantu bayi berkembang pesat. Bayi akan belajar membangun kepercayaan kepada pengasuh utamanya ketika pengasuh utama belajar untuk bertindak balas sesuai dengan sifatnya yang unik, keperluan dan kepentingannya dengan menjadi orang yang hampir selalu bersama dengannya iaitu seseorang yang hampir selalu membuat lampin, memberinya makan, mendodoikannya, dan berkomunikasi dengan keluarganya. Keselamatan kanak-kanak semakin terjamin apabila pengasuh utamanya mengembangkan hubungan positif dengan keluarganya dan mengetahui nilai dan hasrat mereka untuk anak mereka. Hubungan holistik ini menyediakan keselamatan dan kepercayaan yang membolehkan kanak-kanak untuk meneroka dan berkembang dalam penjagaan kumpulan. Sebaik-baiknya, kanak-kanak mempunyai pengasuh utama yang sama sehingga berumur tiga tahun agar tidak menimbulkan trauma kepada bayi apabila ditinggalkan seseorang yang dipercayai dalam menjaganya dan sekali lagi perlu menyesuaikan diri dengan seseorang yang tidak mengenalinya. Kestabilan adalah penting untuk pembangunan emosi yang sihat yang seterusnya akan memberikan asas untuk semua bidang pembangunan lain.

-Pengasuh Aktif dan Responsif untuk Menyokong Pembangunan Kanak-kanak.
Pengasuh yang aktif dan bertanggungjawab akan mengenali setiap kanak-kanak dan tahu apabila kanak-kanak memerlukan bimbingan, perluasan inisiatif  juga tahu masa untuk mengajar dan campur tangan. Pengasuh juga seharusnya tahu apabila kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda tertekan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyesuaikan diri dengan keperluan kanak-kanak. Pengasuh yang bertanggungjawab juga memerlukan pemerhatian yang teliti, mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dan menghormati perangai, minat dan keupayaan setiap kanak-kanak. Sistem pengasuhan utama menggalakkan tindak balas.
                                                                                    
-Kurikulum,Pemerhatian dan Pemrograman Individual.

Kurikulum bagi anak lahir hingga tiga tahun adalah berdasarkan kepada pemahaman yang baik terhadap perkembangan kanak-kanak dan amalan yang sesuai sambil mengambil kira keperluan dan daya tahan secara individu setiap kanak-kanak dalam penjagaan. Kurikulum ini termasuklah matlamat untuk pembangunan kanak-kanak, pengalaman yang akan disediakan, peranan para penjaga dan keluarga dan bahan yang digunakan. Pelan rancangan pengasuh untuk setiap hari, aktiviti individu, bahan dan jadual mengikut rutin dan peringkat perkembangannya. Pemerhatian dan perbincangan antara penjaga dan keluarga memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang setiap kanak-kanak dan menjadi asas untuk mendokumentasikan kemajuan perkembangan ke arah matlamat yang dinyatakan.

 -Kemunculan Bahasa dan Literasi.

Literasi awal bermula dengan perbualan antara penjaga dan anak kecil. Penyelidikan memberitahu kita bahawa penjaga meletakkan asas untuk bahasa apabila pengasuh bercakap dengan bayi sepanjang hari, mengulangi perbualannya, bertanya, membaca buku, dan menyanyikan lagu-lagu. Seorang pengasuh menggalakkan perkembangan bahasa apabila dia menggunakan kata-kata mudah dan menyimpan keseimbangan antara mendengar dan bercakap dengan kanak-kanak dan menyediakan persekitaran penjagaan kanak-kanak yang kaya dengan buku yang sesuai dengan umur, gambar yang menarik untuk dibincangkan, label, dan bahan bercetak yang lain.

          -Penglibatan Keluarga dan Kesinambungan Budaya.
Kanak-kanak NY berasal dari pelbagai latar belakang etnik, agama dan linguistik. Program berkualiti tinggi menggabungkan amalan yang mencerminkan nilai dan kepercayaan keluarga dan budaya komuniti mereka juga dalam kerja mereka dengan keluarga, pengasuh menghormati perbezaan dan berusaha untuk menjadi lebih kompeten dari segi budaya. Pengasuh mengalu-alukan ibu bapa ke bilik darjah anak mereka, menggunakan bahasa yang biasa diggunakan di rumah oleh kanak-kanak bila mungkin dan mengadakan acara istimewa yang melibatkan ahli keluarga anak.

             -Perkhidmatan Sokongan Komprehensif.
Sebagai tambahan dalam menyediakan persekitaran yang melindungi dan memperkayakan kanak-kanak, penjagaan kanak-kanak berkualiti tinggi berfungsi sebagai sumber sokongan untuk keluarga. Penjagaan kanak-kanak boleh menjadi sambungan keluarga kepada perkhidmatan masyarakat penting termasuk rumah perubatan, kesihatan mental dan perkhidmatan sosial dan intervensi terapeutik. Komunikasi terbuka di kalangan penjagaan kanak-kanak dan penyediaan perkhidmatan mencipta sistem yang lebih holistik dan boleh diakses untuk keluarga.






                                                                               Blog ini ditulis oleh : Wendy Anelin Kimin



                                     


No comments:

Post a Comment