PEMBANGUNAN DARIPADA PENCAPAIAN
PENCAPAIAN
PERKEMBANGAN: DARI LAHIR HINGGA 12 BULAN.
Bayi akan mengalami banyak perubahan
selama 12 bulan yang pertama, tidak ada dua orang bayi yang akan mengalami
perkembangan yang sama. Seorang bayi akan mengalami perkembangan yang lebih
awal berbanding dengan bayi yang lain. Perkembangan bayi akan meningkat dari
satu masa ke satu masa namun masih boleh terjejas. Sebagai contoh, kebanyakkan
bayi akan mengalami pertumbuhan gigi yang boleh menyebabkan bayi ketika
terganggu.
Beberapa panduan boleh digunakan.
Proses perkembangan bayi yang seimbang adalah berlaku secara bertahap.
Pencapaian perkembangan dengan awal tidak menunjukkan bayi tersebut berkembang
dengan baik atau pun terbantut di kemudian hari.
PERKEMBANGAN BAYI AWAL
12 BULAN
Perkembangan utama bayi
awal 12 bulan terdiri daripada aspek perkembangan fizikal, kognitif dan bahasa
dan, sosial dan emosi.
( Dari lahir hingga 1
bulan)
Pencapaian Perkembangan
Fizikal
·
Perkembangan
refleks asa bayi seperti, menghisap, menelan, batuk, menggosok, menghilangkan,
menggenggam, dan berkedip.
·
Bayi
menggenggam seperti penumbuk sepanjang masa.
·
Mata
bayi belum mampu untuk fokus pada satu objek.
·
Bayi
belum upaya untuk menggerakkan mata dan tangan
secara serentak atau bekerjasama.
Pencapaian Perkembangan
Kognitif
·
Bayi
berupaya melihat sesuatu objek dalam jarak 12- 15 inci apabila ada objek yang
bergerak secara perlahan lalu disisi mereka.
·
Bayi
melihat tangan dan jari sendiri.
·
Bayi
boleh dengar suara terutama suara ibu.
·
Bayi
berupaya untuk membezakan bau dan rasa. Bayi hanya suka pada rasa yang manis
dan tidak suka dengan bau yang kurang menyenangkan.
Pencapaian perkembangan
bahasa
·
Menangis
merupakan bahasa yang digunakan oleh bayi
·
Bayi
akan tenang bila mendengar bunyi muzik atau suara ibu.
·
Bayi
akan berpaling apabila mendengar suara yang biasa.
Pencapaian Sosial Dan
Emosi
·
Biasanya
bayi akan tidur 17- 19 jam sehari, namun bayi tidur sekejap dan bangun semula
·
Bayi
lebih suka apabila dipeluk
·
Bayi
sudah mula menunjukkan ciri- ciri keperibadian seseorang individu
·
Bayi
mengenal siapa yang menjaga mereka.
( 1- 4 bulan)
Pencapaian Perkembangan
Fizikal
·
Bayi
sudah upaya untuk mengangkat kepala dan dada serta upaya melakukannya secara
serentak.
·
Bayi
sudah boleh membuka tangan
·
Bayi
sudah boleh melihat objek yang bergerak
dengan jelas atau pun penjaga
·
Bayi
sudah mampu unutk mencapai objek
·
Bayi
menggerak- gerakkan tangan dengan kaki, bayi menendang/ menggisir kaki sendiri
Pencapaian perkembangan
kognitif
·
Bayi
menggerakkan kepala ke arah warna dan lampu
·
Bayi
fokus pada bunyi/ suara
·
Apa
sahaja yang diberikan kepada bayi, bayi tersebut akan memasukkan objek tersebut
ke dalam mulut
·
Bayi
mencapai permainan yang menghasilkan bunyi.
Pencapaian perkembangan
bahasa
·
Bayi
mengeluarkan bunyi/ suara seperti ketawa apabila ibu bercakap atau senyum.
·
Bayi
akan menangis bila mengingini sesuatu
·
Kadang-
kadang bayi ketawa terbahak- bahak
Pencapaian perkembangan
sosial dan emosi
·
Bayi
akan senyum apabila ibu senyum dengan mereka
·
Bayi
boleh bermain permainan bersama penjaga
·
Bayi
boleh rasa geli
·
Bayi
akan rasa tenang apabila mendengar bunyi yang menyenangkan ketika mereka
menangis.
( 4- 8 bulan)
Pencapaian perkembangan
fizikal
·
Gigi
bayi sudah mula tumbuh
·
Koordinasi
mata dan tanagn bayi boleh mencapai sesuatu objek
·
Bayi
boleh duduk dengan bantuan, bayi juga boleh melompat apabila berdiri dengan
bantuan
·
Bayi
sudah boleh meniarap di atas permukaan rata
·
Bayi
boleh menyorongkan badan kebelakang menggunakan perut
Pencapaian perkembangan
kognitif
·
Bayi
boleh menjangkakan apabila mereka diberi makan dengan membuka mulut
·
Bayi
boleh meniru perbuatan seperti melambai
·
Bayi
fokus pada suatu objek dan mencapainya
·
Bayi
pandai berhati- hati selepas mengalami kesakitan
·
Dalam
satu masa, bayi hanya fokus pada satu permainan sahaja.
Pencapaian perkembangan
bahasa
·
Bayi
berkomunikasi dengan cara berirama
·
Bayi
sudah kenal nama sendiri
·
Bayi
sudah boleh meniru bunyi ucapan tetapi masih belum jelas
Pencapaian perkembangan
sosial dan emosi
·
Bayi
sudah kenal akan orang di sekeliling mereka seperti keluarga
·
Bayi
akan tahu apabila mereka berjauhan dengan keluarga atau penjaga
·
Bayi
akan menangis apabila bersama dengan orang tidak dikenali
·
Bayi
akan menangis apabila permainan mereka direbut orang lain
( 8- 12 bulan)
Pencapaian perkembangan
fizikal
·
Bayi
upaya minum air dalam cawan dengan bantuan
·
Bayi
upaya mencapai objek dengan sebelah tangan
·
Bayi
upaya untuk memegang biskut dengan jari
ketika makan
·
Bayi
boleh duduk tanpa bantuan
·
Bayi
boleh merangkak di tangga dan permukan rata
·
Bayi
boleh berjalan dengan bantuan
Pencapaian perkembangan
kognitif
·
Bayi
mampu meniru pergerakkan penjaga mereka
·
Bayi
sudah boleh melihat jarak jauh, menuding ke arah yang dilihat
·
Bayi
sudah boleh mengikut arahan yang mudah
·
Bayi
akan membuang permainan yang dipegang apabila diberikan permainan yang lain/
baru
·
Bayi
sudah faham kegunaan sesuatu objek, sikat untuk rambut dan sudu untuk makan.
Pencapaian perkembangan
bahasa
·
Bayi
akan meniru perkataan yang dikeluarkan oleh penjaga
·
Bayi
akan mengeluarkan perkataan pertama
·
Bayi
boleh menunjukkan setuju atau tidak dengan mengangguk atau menggelengkan kepala
·
Bayi
aka berpaling apabila nama mereka disebut/ dipanggil
·
Bayi
sudah mula berinteraksi dengan penjaga
Pencapaian perkembangan
sosial dan emosi
·
Bayi
akan tidak mahu berjauhan dengan penjaga
·
Bayi
akan sentiasa menjaga permainan atat selimut kegemarannya
·
Bayi
akan bersedih apabila berjauhan dengan penjaga
·
Bayi
berkongsi permainan dengan bayi lain
·
Bayi
faham pada perkataan “ Tidak”
CARA PENJAGAAN YANG
BAIK
Beberapa panduan boleh dibuat untuk
memastikan keadaan bayi dalam keadaan yang baik. Tidak semua bayi akan mencapai
perkembangan dengan baik, ada yang mencapai perkembangan lebih awal dan ada
yang perlahan. Tidak semua tingkah laku dapat dilakukan oleh bayi seperti yang
disenaraikan. Walau bagaimana pun, kita perlu berunding dengan bahagian
kesihatan dan pediatrik anak anda dalam menjamin penjagaan yang baik serta
mematuhi semua arahan:
·
Perkembangan
bayi anda mungkin tidak berkembang dengan baik dalam satu tahap yang
sepatutnya.
·
Perkembangan
bayi anda terbantut dalam beberapa minggu.
Pediatrik
dan profesional penjagaan kesihatan lain boleh mendiagnosis masalah
perkembangan yang berkaitan dan akan mencadangkan langkah- langkah yang perlu
dilakukan. Adalah penting untuk melakukan tindakan lebih awal dalam mengelakkan
masalah perkembangan bayi terus meningkat.
Blog ini ditulis oleh, Norlen Kandilis.
No comments:
Post a Comment