Thursday, 5 April 2018

Your Child At 3 Years

APA YANG DILAKUKAN OLEH KANAK-KANAK DI USIA INI : 



  1. Sosial/Emosi
  • meniru orang dewasa dan rakan sebaya
  • menunjukkan kasih sayang kepada kawan-kawan tanpa prom.
  • Ikut giliran dalam sesuatu permainan
  • menunjukkan keprihatinan sekiranya kawan-kawan menangis.
  • memahami maksud perkataan 'milik saya' dan 'milik beliau' atau 'milik dia'.
  • menunjukkan pelbagai emosi.
  • berpisah dengan ibubapa dengan mudah (tidak terus menangis)
  • merasa kecewa jika berlaku perubahan besar dalam rutin hariannya.
  • pakaian dan pengurusan diri


      2. Bahasa/ Komunikasi
  • mengikuti arahan dengan 2 atau 3 langkah
  • boleh menamakan semua benda yang tidak asing dengan dirinya
  • memahami perkataan yang menunjukkan tempat atau posisi seperti 'didalam', 'di atas', dan 'di bawah'
  • menyebut nama pertama, umur dan jantina
  • nama rakan
  • sebut perkataan seperti 'saya', 'kita', 'kau'.
  • bercakap dengan baik dengan orang yang tidak dikenali
  • berbual menggunakan 2 atau 3 ayat. 


      3. Kognitif(pembelajaran,pemikiran,dan penyelesaian masalah)
  • boleh memainkan permainan dengan menggunakan butang, tuil, dan bahagian yang bergerak.
  • main 'make-believe' dengan patung, haiwan dan manusia
  • menyelesaikan puzzle dengan 3 atau 4 keping
  • memahami maksud perkataan 'dua'
  • meniru bentuk bulat menggunakan pensil atau krayon
  • membuka satu halaman buku dalam satu masa
  • membina bangunan menggunakan 6 atau lebih blok


      4. Pergerakan/ perkembangan fizikal
  • memanjat dengan baik
  • berlari dengan mudah
  • boleh menguasai kemahiran mengayuh basikal tiga roda
  • berjalan menaiki dan menuruni tangga menggunakan satu kaki pada setiap langkah.




Sangat penting bagi anda untuk mengetahui dan mengambil berat mengenai pencapaian perkembangan anak anda. Di usia 3 tahun, anak anda seharusnya sudah boleh menguasai hal-hal mudah atau asas. Oleh itu, anda disarankan untuk merekodkan tahap pencapaian perkembangan anak anda dan bawa rekod tersebut berjumpa dengan doktor anak anda. Minta pendapat apa yang harus dilakukan di kemudian hari.







                                                                             Blog ini ditulis oleh : Willista Zaimes


No comments:

Post a Comment