Thursday, 15 March 2018

10 CARA UNTUK MEMUPUK KREATIVITI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

10 CARA UNTUK MEMUPUK KREATIVITI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK


cr : https://www.brisbanekids.com.au/wp-content/uploads/2012/05/Publication3.

Pemupukan daya kreativiti dalam kalangan kanak-kanak itu termasuklah menyediakan peluang bagi kanak-kanak untuk didedahkan kepada penyelesaian masalah, berfikir 'di luar kotak', brainstorming, dan menemui jalan keluar melalui percubaan dan kesilapan. 

10 CARA MEMUPUK KREATIVITI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
1. Tanyakan soalan. Apa yang akan berlaku sekiranya....? Apakah perubahan yang akan anda buat untuk memperbaiki...(contohnya, ia mungkin alat permainan yang boleh menjadi peralatan di taman). Bagaimana kita boleh mengetahui...?

2. Menggunakan 'sumber-sumber' seperti kayuh pop stick atau paip pembersih dan lihat berapa banyak ciptaan yang anak anda boleh hasilkan daripada sumber yang ada ini. 

3. Sediakan sebuah kotak misteri ketika menggunakan play dough, blok atau lukisan. kotak misteri merupakan kotak yang mengandungi segala macam bentuk dan kepingan sebagai inspirasi untuk menghasilkan ciptaan. Anda juga boleh memasukkan bahan-bahan semulajadi seperti cengkerang, bunga, daun atau pilih bahan-bahan yang dibuat oleh manusia. Patung kecil, sebahagian daripada koleksi mainan, reben, potongan-potongan kecil barangan fabrik sangat sesuai untuk digunakan dalam kaedah ini. kanak-kanak boleh menggunakan barang-barang ini sebagai sumber inspirasi untuk mencipta dengan play dough, blok dan cat/lukisan mereka. 

4. Cabar anak anda untuk memikirkan sebanyak mungkin perbezaan penggunaan seharian beberapa item isi rumah mengikut kemampuan mereka. (contohnya mangkuk, sudu kayu, pinggan kertas, dan lain-lain).

5. Meluangkan masa merenung awan. Apa gambaran yang anda dapat lihat di awan-awan?

6. Semasa menggambar dan melukis, sediakan beberapa jenis kanvas yang berbeza untuk memberikan inspirasi kepada idea-idea baru kanak-kanak. sebagai contoh, potong beberapa bentuk pintu berwarna(satu hujung sahaja supaya senang dibuka), ambil dan jemput anak anda untuk melukis apa yang mereka boleh bayangkan di sebalik pintu tersebut. 

7. Satu lagi idea untuk menggalakkan anak-anak berfikir 'di luar kotak' adalah melukis bentuk, atau garisan, kemudian berikan anak anda tugasan untuk menggabungkan bentuk atau garisan  ke dalam lukisan mereka. 

8. Tinker. Berikan anak anda beberapa item isi rumah yang boleh dipisahkan dan gabung kan kembali. 

9. Sediakan cabaran berbentuk penyelesaian masalah kepada anak anda. adakan satu sesi pemerahan otak anak anda mengenai semua kemungkinan (terpulang sama ada ianya berbentuk realistik atau kurang realistik). Susun idea-idea anda ke dalam peta minda. hasilkan sebuah kereta yang beroda melalui kotak atau bot-bot yang terapung di permukaan air merupakan salah satu cabaran kreatif untuk kanak-kanak yang akan memerah otak mereka. 

10. Manfaatkan keadaan yang kucar-kacir, kesilapan dan berikan masa yang banyak kepada kanak-kanak untuk meneroka, mencuba dan menemui pelbagai sumber dan bahan. 


  • kanak-kanak perlu diselia dengan teliti oleh orang dewasa semasa melakukan aktiviti-aktiviti diatas. 


SUMBER DARIPADA : https://www.brisbanekids.com.au/top-10-ways-to-nurture-creativity-in-young-children/





                                                                                       Blog ini ditulis oleh,Willista Zaimes.

No comments:

Post a Comment