Thursday, 5 April 2018

SENI DAN KREATIVITI KANAK-KANAK

MENGAPA SENI DAN KREATIVITI ITU PENTING ?



'MAHU ANAK ANDA MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM MEMBUAT SENI? BIARKAN DIA MENCIPTA CARA SENDIRI PADA KADAR SENDIRI. '



  • Dapatkah anak anda membesar menjadi seorang seniman?





Dewasa ini, kanak-kanak adalah insan yang sangat bijak. Mencintai seni dan berkarya hampir di setiap hal yang mereka lakukan sama ada mereka sedar atau tidak sedar. Menurut Amy Yang, pengasas Brooklyn Design Lab, sebuah sekolah seni untuk kanak-kanak berkata bahawa kanak-kanak sukakan 'the way its feel' apabila mereka melakarkan atau mencontengkan warna diatas kanvas atau kertas, bagaimana rupa hasilnya apabila mereka menaburkan glitter diatas kertas bahkan bunyi berus lembut yang melintasi permukaan kertas. Lisa Ecklund Flores, pengasas bersama dan pengarah eksekutif Church Street School for Music and Art, di New York City, ibu bapa sukar menerima pendapat bahawa kanak-kanak tidak sedar tentang apa yang mereka lakukan atau memberi tumpuan kepada mencipta produk siap. Tetapi dengan membiarkan kanak-kanak menikmati proses penciptaan, kanak-kanak dapat meraih ganjaran yang sangat besar disamping ibubapa yang akan merasa bangga dengan anak masing-masing. 'Kanak-kanak akan menjadi lebih baik sekiranya diberi kebebasan untuk menerokai dan menonjolkan diri mereka', kata Lisa Ecklund Flores.





KENAPA SENI ? 


Meningkatkan kreativiti kanak-kanak bukan sahaja akan memberi peluang kepada anak anda untuk menjadi seniman seterusnya tetapi anda juga membantu anak-anak anda untuk mengembangkan mental, sosial, dan emosi kanak-kanak menurut Lisa Ecklund-Flores. Menurut Mary Ann F. Kohl, pengarang Seni Primer,  mewujudkan persekitaran yang berseni boleh meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah melalui pelbagai cara : ini proses, bukan produk. Apabila kanak-kanak mengaplikasikan kuas atau berus warna, kemahiran motor halus mereka akan berkembang dan bertambah baik. Dengan mengira kepingan dan warna, mereka dapat mempelajari  matematik awal. Semasa kanak-kanak menerokai dan bereksperimentasi dengan bahan-bahan yang ada, kanak-kanak sudah pun melancarkan sains. Hal terpenting di sini adalah seni dapat membantu meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. 






 6 CARA UNTUK MEMUPUK KREATIVITI


1. Sediakan keadaan huru hara. Bagaimana keadaan huru hara boleh membantu pemupukan kreativiti, sedangkan ada yang mengatakan bahawa keadaan huru hara boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak? Tunggu dulu. Sediakan keadaan huru hara disini bermaksud, sediakan ruang seni dimana anak anda bebas untuk bereksperimen menggunakan bahan atau peralatan yang ada(tidak mengapa sekiranya anak anda sampai menjadikan ruangan tersebut semak atau berantakan). Buang dan jatuhkan pakaian dan surat khabar di atas lantai atau di atas meja dapur anda atau di garaj dan biarkan anak anda bereksperimen dengan bahan tersebut. Sekiranya cuaca baik, anda boleh membawa anak anda keluar rumah dan biarkan mereka menerokai dan kotor. 


2. Elakkan memberi arahan. Lebih baik sekiranya anda tidak memberitahu anak anda apa yang perlu dilakukan atau bagaimana cara membuatnya. Bushara berkata bahawa 'daripada berkata 'cat pelangi', lebih baik galakkan anak anda untuk bereksperimen dengan mencampurkan warna menggunakan pelbagai jenis berus dan kertas'.


3. Bercakap secara khusus berkenaan seni. Apabila bercakap dengan anak anda mengenai karya seni yang dihasilkannya, cuba untuk menggunakan perkataan mudah dan terus kepada komen anda. Bukan memberikan pujian generik tetapi lebih baik sekiranya anda katakan seperti ini, ' saya melihat anda menggunakan banyak warna ungu. Kenapa anda memilih warna itu?'- Bushara. 



4. Terokai proses anak anda. Biasanya cara terbaik untuk kita mengetahui proses perkembangan anak kita atau untuk menggalakkan anak kita berbual mengenai karya seninya adalah dengan menanyakan kepada mereka secara langsung. Contohnya, 'kamu gembira membuatnya?' atau mengatakan 'ceritakan kepada saya apa yang kamu buat'.



5. Jangan melukis bersama anak anda. Apabila ibu bapa membuat sesuatu yang mewakili anak ketika anak sedang berkarya, ia boleh menjejaskan perkembangan seni anak. Bushara berkata bahawa 'lebih baik berada dekat dengannya dan biarkan anak anda tahu bahawa anda berminat dan menyokong karya seninya'.



6. Biarkan. Apabila kanak-kanak selesai menghasilkan sesuatu seni, jangan cadangkan penambahan atau perubahan. Untuk peringkat umur kanak-kanak, mereka harus merasakan bahawa apa yang diciptanya adalah cukup - kita harus hargai karya seni anak walaupun ia hanya titik di permukaan sehelai kertas.








Blog ini ditulis oleh : Willista Zaimes


No comments:

Post a Comment