10 KOMPENEN PENJAGAAN ANAK YANG BERKUALITI
Berasaskan penyelidikan pakar-pakar
kebangsaan, terdapat 10 kompenen penting untuk penjagaan kanak-kanak yang
berkualiti tinggi. Rangkaian Sumber Nyawa dan Toddler New York State (NYS)
turut menggunakan 10 kompenen ini sebagai panduan dalam membantu menigkatkan
lagi kualiti penjagaan untuk bayi, kanak-kanak dan keluarga juga.
-Program Penjagaan Anak Mengikut Amalan Kesihatan
dan Keselamatan yang Sesuai.
Negeri New York
memastikan keperluan kesihatan dan keselamatan asas dipenuhi dengan melesenkan
pusat-pusat jagaan kanak-kanak dan juga mendaftarkan pusat jagaan harian
keluarga. Piawaian ini merupakan antara standard tertinggi di NYS yang
menangani segala-galanya iaitu daripada prosedur mencuci tangan, latihan
sintaksi bagi mengurangkan penyebaran jangkitan, memberi garis panduan tidur
yang selamat dan asas pengurusan ubat-ubatan.
-Latihan kepada Kakitangan Tentang Perkembangan Awal
Kanak-kanak (0-3).
Menurut
penyelidikan, penidikan dan latihan kepada kakitangan merupakan cara terbaik
bagi menjamin kualiti penjagaan anak dan juga kejayaan jangka panjang. Penemuan
beberapa dekad yang lalu mengenai perkembangan awal otak memberitahu kita
bahawa latihan amatlah perlu untuk pengasuh kanak-kanak malah dianggap lebih
penting jika dibandingkan dengan pendidikan pra-sekolah atau sekolah rendah. Asuhan
dan didikan awal ini memberi tumpuan kepada pembelajaran yang unik bagi bayi dan
kanak-kanak juga untuk melatih penjaga tentang cara dalam merancang aktiviti
yang sesuai bagi kanak-kanak juga bagaimana memberi stimulasi kognitif melalui
perbualan, interaksi dan hubungan responsif.
-Kesesuaian Persekitaran dengan Umur Kanak-kanak.
Kanak-kanak
yang berada di bawah umur 3 tahun (0-3) belajar melalui penerokaan yang
berterusan. Mereka akan berinteraksi dengan persekitaran mereka yang akan
melibatkan atau merangkumi emosional serta ruang fizikal. Kanak-kanak ini
memerlukan ruang (dalam atau luar) yang selamat dan tenang untuk bermain, ruang
selamat untuk tidur dan ruang untuk kanak-kanak ini berinteraksi antara satu
sama yang lain juga dengan penjaga. Mereka juga memerlukan permainan dan aktiviti
dipilih yang berbentuk kepentingan individu dan kebolehan masing-masing
bukannya permainan yang bersifat one-size-fits-all
group play.
-Kumpulan
Kecil dengan Rasio Optimal.
Bayi
memerlukan penjagaan secara individu dan satu-satu masa untuk interaksi dan
rutin. Apabila mereka berkembang , mereka boleh bermain lebih bebas dan boleh
mengendalikan aktiviti dalam kumpulan kecil. Nisbah penjaga dan dan saiz
kumpulan kanak-kanak pula akan menentukan jumlah masa dan perhatian yang boleh diberikan
oleh setiap penjaga kepada setiap anak. Berikut merupakan peraturan nisbah
penjaga dan anak di NYS.
a)
(Bayi berumur enam minggu hingga 18 bulan) - Satu pengasuh untuk setiap 4 orang
bayi. Saiz kumpulan tidak lebih besar adripada lapan orang.
b)
(Bayi berumur 18 bulan - 36 bulan) - Satu pengasuh untuk setiap lima orang
kanak-kanak. Saiz kumpulan tidak lebih besar daripada 12 orang.
c)
Pusat jagaan kanak-kanak keluarga boleh menjaga tidak lebih dari dua orang
kanak-kanak di bawah umur dua tahun.
d)
Piawaian ini adalah antara yang terbaik di dalam negara. Persatuan Kebangsaan
bagi
Education
of Young Children and Zero to Three
mengesyorkan satu orang dewasa untuk setiap tiga orang bayi atau empat orang
kanak-kanak.
- Pengasuh Utama dan Kesinambungan Penjagaan.
Setiap kanak-kanak seharusnya ditetapkan satu
pengasuh utama bagi menggalakkan hubungan satu sama lain yang mampu membantu
bayi berkembang pesat. Bayi akan belajar membangun kepercayaan kepada pengasuh
utamanya ketika pengasuh utama belajar untuk bertindak balas sesuai dengan
sifatnya yang unik, keperluan dan kepentingannya dengan menjadi orang yang
hampir selalu bersama dengannya iaitu seseorang yang hampir selalu membuat lampin,
memberinya makan, mendodoikannya, dan berkomunikasi dengan keluarganya. Keselamatan
kanak-kanak semakin terjamin apabila pengasuh utamanya mengembangkan hubungan
positif dengan keluarganya dan mengetahui nilai dan hasrat mereka untuk anak
mereka. Hubungan holistik ini menyediakan keselamatan dan kepercayaan yang
membolehkan kanak-kanak untuk meneroka dan berkembang dalam penjagaan kumpulan.
Sebaik-baiknya, kanak-kanak mempunyai pengasuh utama yang sama sehingga berumur
tiga tahun agar tidak menimbulkan trauma kepada bayi apabila ditinggalkan seseorang
yang dipercayai dalam menjaganya dan sekali lagi perlu menyesuaikan diri dengan
seseorang yang tidak mengenalinya. Kestabilan adalah penting untuk pembangunan
emosi yang sihat yang seterusnya akan memberikan asas untuk semua bidang
pembangunan lain.
-Pengasuh Aktif dan Responsif untuk Menyokong
Pembangunan Kanak-kanak.
Pengasuh
yang aktif dan bertanggungjawab akan mengenali setiap kanak-kanak dan tahu
apabila kanak-kanak memerlukan bimbingan, perluasan inisiatif juga tahu masa untuk mengajar dan campur
tangan. Pengasuh juga seharusnya tahu apabila kanak-kanak menunjukkan
tanda-tanda tertekan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyesuaikan diri
dengan keperluan kanak-kanak. Pengasuh yang bertanggungjawab juga memerlukan
pemerhatian yang teliti, mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak
dan menghormati perangai, minat dan keupayaan setiap kanak-kanak. Sistem
pengasuhan utama menggalakkan tindak balas.
-Kurikulum,Pemerhatian
dan Pemrograman Individual.
Kurikulum
bagi anak lahir hingga tiga tahun adalah berdasarkan kepada pemahaman yang baik
terhadap perkembangan kanak-kanak dan amalan yang sesuai sambil mengambil kira
keperluan dan daya tahan secara individu setiap kanak-kanak dalam penjagaan.
Kurikulum ini termasuklah matlamat untuk pembangunan kanak-kanak, pengalaman
yang akan disediakan, peranan para penjaga dan keluarga dan bahan yang
digunakan. Pelan rancangan pengasuh untuk setiap hari, aktiviti individu, bahan
dan jadual mengikut rutin dan peringkat perkembangannya. Pemerhatian dan
perbincangan antara penjaga dan keluarga memberikan pemahaman yang lebih
mendalam tentang setiap kanak-kanak dan menjadi asas untuk mendokumentasikan
kemajuan perkembangan ke arah matlamat yang dinyatakan.
-Kemunculan
Bahasa dan Literasi.
Literasi
awal bermula dengan perbualan antara penjaga dan anak kecil. Penyelidikan
memberitahu kita bahawa penjaga meletakkan asas untuk bahasa apabila pengasuh
bercakap dengan bayi sepanjang hari, mengulangi perbualannya, bertanya, membaca
buku, dan menyanyikan lagu-lagu. Seorang pengasuh menggalakkan perkembangan
bahasa apabila dia menggunakan kata-kata mudah dan menyimpan keseimbangan
antara mendengar dan bercakap dengan kanak-kanak dan menyediakan persekitaran
penjagaan kanak-kanak yang kaya dengan buku yang sesuai dengan umur, gambar
yang menarik untuk dibincangkan, label, dan bahan bercetak yang lain.
-Penglibatan Keluarga dan Kesinambungan
Budaya.
Kanak-kanak
NY berasal dari pelbagai latar belakang etnik, agama dan linguistik. Program berkualiti
tinggi menggabungkan amalan yang mencerminkan nilai dan kepercayaan keluarga
dan budaya komuniti mereka juga dalam kerja mereka dengan keluarga, pengasuh
menghormati perbezaan dan berusaha untuk menjadi lebih kompeten dari segi
budaya. Pengasuh mengalu-alukan ibu bapa ke bilik darjah anak mereka,
menggunakan bahasa yang biasa diggunakan di rumah oleh kanak-kanak bila mungkin
dan mengadakan acara istimewa yang melibatkan ahli keluarga anak.
-Perkhidmatan Sokongan Komprehensif.
Sebagai
tambahan dalam menyediakan persekitaran yang melindungi dan memperkayakan
kanak-kanak, penjagaan kanak-kanak berkualiti tinggi berfungsi sebagai sumber
sokongan untuk keluarga. Penjagaan kanak-kanak boleh menjadi sambungan keluarga
kepada perkhidmatan masyarakat penting termasuk rumah perubatan, kesihatan mental
dan perkhidmatan sosial dan intervensi terapeutik. Komunikasi terbuka di
kalangan penjagaan kanak-kanak dan penyediaan perkhidmatan mencipta sistem yang
lebih holistik dan boleh diakses untuk keluarga.
Blog ini ditulis oleh : Wendy Anelin Kimin
