Thursday, 1 February 2018

OBSERVING CHILDREN : A TOOL FOR ASSESSMENT

OBSERVING CHILDREN : A TOOL FOR ASSESSMENT

Bercerita mengenai kanak-kanak merupakan suatu aktiviti yang bagi saya adalah sangat menarik dan menyenangkan. Malah kanak-kanak adalah sesuatu yang sangat menarik dan memukau untuk dilihat. Tidak percaya? Cuba tanyakan hal ini kepada mereka yang bergelar ibu bapa terutamanya mereka yang baru sahaja memegang status ibu dan ayah. Menerima berita kehamilan adalah suatu hadiah yang rasanya tidak akan boleh diganti dengan apapun. Saya percaya ramai yang akan bersetuju dengan saya jika saya katakan bahawa kanak-kanak kecil lebih mengujahkan untuk dilihat berbanding bunga api di langit pada waktu malam. Setiap kanak-kanak pasti mengalami suatu situasi yang sangat canggung untuk mencuba kemahiran baru apatah lagi dalam usaha mereka untuk berkomunikasi dengan orang sekitar mereka. Kanak-kanak kecil sememangnya sangat menawan,kreatif,aktif malah emosional. Namun begitu, tidak kurang ramai juga ibu bapa yang mengeluh bahawa kanak-kanak sangat sukar untuk difahami apatah lagi bagi yang baru menimang cahaya mata yang pertama. Ianya pasti sangat mengujahkan namun sangat mencabar kan?  Saya akan mengupas topik ini dengan lebih lanjut lagi.


Apa itu  pemerhatian?

Pembelajaran secara pemerhatian dikenali sebagai teori pembelajaran sosial, berlaku apabila perlakuan pelajar berubah selepas memerhati atau meniru seorang guru atau model. Perubahan perlakuan ini dipengaruhi oleh sikap positif atau negatif guru atau model. pembelajaran secara pemerhatian adalah suatu aplikasi kemahiran asas yang merangkumi pendekatan berpusatkan guru, guru sebagai mentor atau fasilitator dan berpusatkan pelajar. - cc : https://www.scribd.com/doc/96573029/Definisi-pemerhatian



Apa itu penilaian/pentaksiran?

Assessment berasal dari perkataan latin yang bermaksud duduk di sebelah dan mengenali. Ianya ialah proses peemerhatian, rakaman, dan mendokumenkan pertumbuhan dan tingkah laku kanak-kanak. untuk menjadikannya suatu penilaian yang sah, pemerhatian mestilah dibuat secara berterusan dari masa ke semasa dalam permainan mengikut situasi atau keadaan. cc : file:///C:/Users/User/Downloads/observation%20ece.pdf



Setiap kanak-kanak memiliki keunikan tersendiri dari segi kelebihan, daya tarik, dan juga keperluan.



Tujuan penilaian dibuat :


  1. Memantau tahap perkembangan kanak-kanak
  2. Guru dapat mengetahui keperluan perkembangan kanak-kanak
  3. Maklumat yang dikumpul digunakan dalam perancangan kurikulum yang bersesuai.
  4. Menilai keunikan, kekuatan, kelemahan, dan keperluan kanak-kanak.
  5. Menunjukkan carta kemajuan kanak-kanak dari masa ke semasa.




Kita tidak boleh menganggap setiap kanak-kanak itu adalah sama. Kenyataannya adalah setiap kanak-kanak itu sangat berbeza dari segi bermacam aspek. Oleh sebab itulah kita sebagai guru, penjaga, dan ibu bapa perlu membuat penilaian terhadap kanak-kanak.



Bila penilaian dibuat? 

Bagi seorang guru, penilaian harus dibuat di awal tahun dan berterusan hingga hujung tahun. Penilaian ini akan menyediakan data kemasukan dan garis asas bagi setiap kanak-kanak. Penilain dibuat untuk mendapatkan 'snapshot' setiap kanak-kanak di dalam kumpulan. Perhatikan kanak-kanak setiap hari dan perolehi sebanyak mungkin maklumat mengenai perkembangan mereka dan masukkan dalam rekod. 

Ada beberapa hal yang harus kita ketahui sebelum membuat penilaian. Ianya adalah  panduan penilaian. Kesalahan dalam memilih kaedah akan menjadikan usaha anda sia-sia. Benarkan? Berikut adalah beberapa tips atau panduan dalam menjalankan pemerhatian/penilaian;
  1. Menentukan tujuan untuk mengenalpasti tapak atau tempat pemerhatian.
  2. Sikap pemerhati sewaktu membuat penilaian/pemerhatian hendaklah bersesuaian dan tidak mengganggu tempat yang di lawat.
  3. Etika sewaktu pemerhatian : Sulit ( Confidentiality).
  4. Elakkan bersikap bias (peribadi).


KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI OLEH PEMERHATI/PENYELIDIK KETIKA MENJALANKAN PEMERHATIAN:

  • Tahu apa yang ingin dilihat atau diperhati.
  • Tahu bagaimana untuk merekod mengikut maklumat yang diinginkan.
  • Tahu bagaimana untuk menjelaskan tingkah laku yang diperhatikan.
  • Boleh menggunakan pengetahuan untuk mentafsir tahap perkembangan dan untuk menentukan keperluan pengalaman untuk memperluaskan lagi perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.



KAEDAH PENILAIAN
Terdapat beberapa jenis kaedah penilaian yang sering digunakan dalam program Pendidikan awal Kanak-kanak. 
  1. Anecdotal Records ( Rekod Anekdot)
  2. Running Records ( Rekod Berterusan)
  3. Specimen Records ( Rekod Spesimen)
  4. Time Sampling (Persampelan Masa)
  5. Event Sampling (Persampelan Kejadian)
  6. Checklists (Senarai Semak)
  7. Rating Scale ( Skala Pemeringkatan)


ANECDOTAL RECORDS (Rekod Anekdot)


  • Apa ? Bila ? Dimana/
  • Cepat, tepat, dan spesifik
  • Melibatkan konteks tingkah laku
  • Tafsiran direkod secara berasingan daripada kejadian/peristiwa


Image result for contoh rekod anekdot

cc :https://www.google.com/search?q=contoh+rekod+anekdot&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjwquKfkYTZAhWJM48KHcx5CmgQ_AUICigB&biw=1821&bih=900#imgrc=9gOJNbA_SAmGAM:


RUNNING RECORDS (Rekod berterusan)

  • Pembaca boleh menggambarkan apa yang bakal berlaku.
  • Jalan cerita yang terperinci serta mengikuti urutan peristiwa
  • Huraian adalah objektif
  • Ulasan dan analisis mengenai tingkah laku disimpan secara berasingan
  • Digunakan dalam penilaian kemahiran literasi kanak-kanak
  • Penilaian yang tidak formal dilaksanakan sewaktu kanak-kanak sedang membaca

Image result for contoh rekod berterusan
cc : https://www.google.com/search?q=contoh+rekod+berterusan&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiuzZWsmITZAhVDN48KHbOFArAQ_AUICigB&biw=1821&bih=900#imgrc=nN5ZsH56LMaW0M:




SPECIMEN RECORDS (Rekod spesimen)
Image result for contoh rekod spesimen
  • Lebih kurang dengan Running Records tetapi Specimen Records lebih terperinci dan tepat.
  • Di gunakan oleh penyelidik yang tidak terlibat di dalam kelas.
  • Penyelidik boleh merekod maklumat pemerhatian untuk menganalisis hasil dapatan




cc : https://www.google.com/search?q=contoh+rekod+spesimen&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwirtpCZm4TZAhUI3o8KHYM1BYcQ_AUICigB&biw=1821&bih=900#imgrc=ktyu34Rj20ZiJM:




TIME SAMPLING (Persampelan Masa)
  1. Penyelidik memfokuskan kepada kepada kekerapan sikap yang ditunjukkan untuk suatu tempoh masa.
  • Sikap yang diperhatikan sudah ditentukan.
  • Merekod beberapa kali sikap yang berlaku.
  • Sikap lain yang tidak berkenaan tidaak akan direkod.
  • Data di kaji - untuk menentukan bila dan mengapa sikap tersebut berlaku (selepas beberapa sampel dijalankan).
Image result for contoh pemerhatian time sampling
cc : https://www.google.com/search?q=contoh+pemerhatian+time+sampling&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjU9vb6n4TZAhVLRo8KHbkFDJMQ_AUICigB&biw=1821&bih=900#imgrc=4pueNetM9J9ifM:



EVENT SAMPLING (Persampelan Kejadian)
  • Digunakan untuk memahami penyebab yang menyumbang kepada berlakunya sesuatu tingkah laku dan mempelajari bagaimana untuk menerangkan sesuatu masalah.
  • Digunakan untuk memerhatikan tingkah laku yang tidak sewajarnyaa dan cenderung berlaku satu latar kejadian. 
  • Event Sampling juga digunakan untuk mencari penyebab atau pencetus dan juga keputusan daripada tingkah laku tersebut.
  • Pemerhati akan menentuan bilakah suatu tingkah laku itu akan berlaku dan menunggu masa untuk suatu tingkah laku itu akan berlaku.
EVENT SAMPLING - ABC ANALYSIS

A - ANTECEDENT event ( sebelum suatu kejadian berlaku)

B - target BEHAVIOR (semasa kejadian sedang berlaku)

C - CONSEQUENT event (following event)

Image result for contoh pemerhatian persampelan kejadian
cc : https://www.google.com/search?q=contoh+pemerhatian+persampelan+kejadian&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiR5uHqnITZAhXHOY8KHXL5Aa4Q_AUICigB&biw=1821&bih=900#imgrc=9Bid-R9YDYh6MM:


CHECKLISTS
  • Digunakan untuk memerhati kan senarai sikap yang disusun dalam kategori untuk ditentukan sama ada kanak-kanak mempamerkan sikap atau kemahiran yang disenaraikan.

Image result for contoh pemerhatian checklists
cc : https://www.google.com/search?q=contoh+pemerhatian+checklists&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjz1MaKnYTZAhXEOI8KHdumDxAQ_AUICigB&biw=1821&bih=900#imgrc=ybHO1qXdv98cZM:



RATING SCALE 
  • Digunakan untuk menentukan darjah di mana kanak-kanak menunjukkan sikap ataupun kualiti sesuatu sikap.
  • Pemerhati akan menentukan tahap penguasaan ( mengikut skala) kanak-kanak mengikut kesesuaian.

Image result for contoh pemerhatian secara rating scale

cc : https://www.google.com/search?q=contoh+pemerhatian+secara+rating+scale&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwi0_uOfnoTZAhVEs48KHU64DR0Q_AUICigB&biw=1821&bih=900#imgrc=TeNoSg1btjCfwM:





KEBAIKAN MENGGUNAKAN PENILAIAN/PEMERHATIAN (KESAHAN)
  • Pemerhatian adalah sah apabila pemerhati boleh ;
  1. Memerhatikan penglibatan kanak-kanak dalam kehidupan seharian di dalam kelas.
  2. Menyedari tingkah laku kanak-kanak dan faktor laatar belakang yang mempengaruhi tingkah laku tersebut.
  3. Memfokuskan kepada tingkah laku atau maklumat yang diperlukan.




KEBURUKAN MENGGUNAKAN PENILAIAN/PEMERHATIAN (KESAHAN)
  • Kesahan pemerhatian diragui sekiranya pemerhati/penyelidik
  1. Terlepas butiran terperinci yang diperlukan.
  2. Fokus kepada tingkah laku yang tidak betul.
  3. Tidak menumpukan perhatian semasa proses pemerhatian.
  4. Mempunyai pengalaman bias (peribadi)
  5. Memerhatikan peristiwa diluar konteks/keperluan.
  6. Kehadiran pemerhati mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak.







                                                                          Blog ini ditulis oleh : Willista Zaimes



                                                                                                 










kanak-kana

No comments:

Post a Comment