TANGGUNGJAWAB EMOSI IBU BAPA
Mempunyai bayi yang pramatang adalah salah satu pengalaman yang paling tertekan yang boleh dimiliki oleh ibu bapa. Kebanyakan ibu bapa merasa sangat sukar untuk menjalani pengalaman untuk mempunyai anak dalam unit penjagaan rapi (NICU) tanpa memerlukan sokongan emosi. Normal bagi ibu bapa untuk merasa terharu dengan tekanan dan keliru dengan perasaan mereka.

CC : https://edition.cnn.com/2017/11/08/health/premature-baby-21-weeks-survivor-profile/index.html
Macam mana ibu bapa dapatkan bantuan?
Doktor, jururawat, dan pekerja sosial di unit boleh menjadi sumber sokongan yang hebat. Kumpulan sokongan ibu bapa yang telah melalui apa yang anda hadapi sekarang. Nasihat daripada ibu bapa veteran boleh menjadi sangat menyenangkan.
Apakah perasaan ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang?
- Saya risau tidak akan sayang lagi dengan anak saya. Apabila bayi pramatang di lahirkan, hampir semua ibu bapa akan memikirkan bahawa bayi mereka akan mati. Disebabkan ketakutan ini ibu bapa secara semula jadi akan mempunyai apa yang dikenali sebagai kesedihan 'antisipatory'. Kesedihan antisipatory adalah cara untuk mempersiapkan diri secara emosi, sekiranya bayi anda akan mati. Kesedihan antisipatory membantu mengurangkan rasa sakit yang sudah dirasakan oleh ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang. Sebagai contoh, beberapa orang ibu bapa menangguhkan untuk memberikan anak mereka nama. Ketakutan kematian ini mewujudkan pemisahan sementera ikatan di antara ibu bapa dan bayi pramatang. Dan inilah sebabnya mengapa ramai ibu bapa tertanya-tanya mengapa mereka tidak lagi menyayangi bayi mereka. Apabila bayi mereka mula menjadi sihat, hampir semua ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang dapat membangun kembali kasih sayang mereka kepada bayi mereka.
- Saya rasa menyesal kerana saya telah membuat sesuatu yang salah dan menyebabkan bayi saya menjadi pramatang. Ini adalah salah satu reaksi ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang. Adalah penting untuk menyedari bahawa ramai ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang merasa bersalah, walaupun mereka sangat berhati-hati semasa mengandung. Ibu-ibu yang mempunyai rawatan prenatal yang sangat baik, yang menjaga diet mereka dan tidak merokok atau mengambil alkohol kemungkinan masih boleh mempunyai bayi yang pramatang. Adalah lebih penting untuk mencari tahu jika doktor tahu apa yang menyebabkan bayi anda pramatang. Dalam kebanyakan kes, penyebabnya boleh menjadi sesuatu yang tidak difikir. Bercakap dengan doktor atau orang lain akan membantu perasaan bersalah ini.
- Saya bersedih. Mempunyai bayi pramatang melibatkan banyak kerugian. Itu adalah semula jadi untuk bersedih. Semasa kehamilan dan bahkan sebelum ini, ibu bapa membuat banyak harapan dan impian untuk bayi mereka. Anda mungkin mempunyai harapan untuk seorang lelaki atau perempuan, mata biru atau coklat, rambut gelap atau berambut perang. Anda juga mempunyai harapan untuk mempunyai bayi yang sihat, lengkap, dan harapan ini telah hancur. Kebanyakkan ibu-ibu kepada bayi pramatang merasakan mereka bukan wanita atau ibu yang sempurna. Anda ingin melakukan pelbagai kepada bayi kamu, tetapi sebenarnya anda hanya boleh melakukan sedikit semasa bayi kamu sedang sakit.
- Saya risau bahawa bayi saya tidak akan tahu bahawa saya adalah ibu bapanya. Adalah perkara biasa untuk risau, tetapi sangat mungkin bahawa bayi anda tahu bahawa anda adalah ibu bapanya. Bayi belajar mengenali suara ibu mereka semasa mereka masih dalam rahim. Oleh itu, bayi pramatang sudah dapat membezakan antara suara ibu, jururawat dan doktor.
- Saya bimbang rawatan di NICU akan memberi kesan emosi yang panjang kepada bayi saya, yang akan menjadi lebih buruk.
Kenapa saya dan pasangan saya tidak berkomunikasi dengan baik tentang perasaan kita?
Ibu dan bapa cenderung untuk mengatasi masalah mereka bersama pada hari-hari awal mengalami bayi pramatang. Kebersamaan ini datang dari kesedaran yang sering terdapat bahaya mengancam keluarga. Kemudian, banyak ibu bapa mempunyai cara yang berbeza untuk mengatasi masalah bayi pramatang.Sebagai contoh, banyak ibu mengambil masa lama daripada bapa untuk bersedih kerana tidak memberikan bayi yang sihat.
Mengapa saya takut walaupun bayi pramatang saya semakin sihat?
Malangnya, ramai ibu bapa mendapati bahawa ketakutan untuk kehidupan bayi mereka tidak hilang secepat mungkin. Walaupun bayi pramatang pulang ke rumah, beberapa (mungkin ramai) ibu bapa mengalami kegelisahan tentang kelahiran atau kemasukan bayi mereka. Ini adalah tindak balas yang normal kepada tekanan untuk mempunyai bayi pramatang. Kadang-kadang ibu bapa berasa seperti mereka tidak normal kerana mereka masih takut. Walaupun mereka tahu bahawa bayi mereka sihat.
Mengapa saya berasa sedih dan tertekan dan mempunyai tenaga yang sangat sedikit?
Kesedihan dan kemurungan adalah tindak balas yang biasa untuk mempunyai bayi yang pramatang. Semua orang bermimpi untuk untuk melahirkan bayi yang sihat. Impian tidak menjadi kenyataan menyebabkan kesedihan semula jadi. Tiada seorang pun dalam fikiran mereka ingin memiliki pengalaman seperti berikut, melawat NICU setiap hari, mendengar berita buruk tentang kesihatan bayi mereka, bimbang tentang keseluruhan keluarga dan menghadapi banyak hutang. Malah menjaga bayi pramatang di rumah adalah sumber kepada tekanan.
Adakah ketakutan dan perasaan saya berlebihan? Adakah saya gila?
Majoriti ibu bapa dari bayi yang pramatang merasa seperti seperti ini, jadi perasaan ini bukan tanda kegilaan. Berikut adalah beberapa kebimbangan dan perasaan ibu bapa yang mempunyai bayi yang pramatang.
- 'Apabila telefon berdering di rumah, saya panik kerana mungkin panggilan dari hospital dengan berita buruk'
- 'Saya takut berjalan masuk ke hospital kerana takut sesuatu yang buruk akan berlaku'
- 'Saya takut saya tidak akan menemui bayi saya di dalamnya'
- 'Pengalaman ini sangat dahsyat sehingga kadang-kadang saya berfikir bahawa bayi saya akan mati, sehingga semuanya akan berakhir'
Kenapa saya marah dengan kakitangan perubatan tentang rawatan bayi saya?
Penyebab kemarahan adalah rasa sakit, penderitaan, dan kekecewaan. Ibu bapa bayi pramatang berada dalam situasi mengecewakan yang menghasilkan kesakitan penderitaan. Jadi sudah tentu, ramai ibu bapa yang akan marah. Sering ibu bapa takut untuk menyatakan kemarahan mereka kepada kakitangan perubatan, tetapi ketakutan ini tidak sepatutnya menghalang ibu bapa daripada menyatakan kebimbangan mereka.
Peringkat penyesuaian
Sesetengah ibu bapa merasakan bahawa pembelajaran mengenai perimgkat emosi atau fasa penyesuaian membantu mereka memahami apa yang mereka sedang lalui dan apa yang mereka harapkan.
Apakah peringkat awal penyesuaian ibu bapa dalam menyesuaikan diri dengan pengalaman mengalami bayi yang sakit?
Reaksi awal peringkat adalah :
- Terkejut
- Menafikan
- Bersedih, ketakutan, kesedihan
- Kemarahan dan kekesalan
Kebanyakan ibu bapa mengalami semua emosi ini, sama ada sebelum dan selepas bayinya di lahirkan.
Berapa lama perasaan ini berlangsung?
Emosi yang berbeza mungkin bertahan untuk jangka masa yang berlainan. Kejutan dan penafian biasanya lebih cepat menyelesaikan daripada kesedihan, kemarahan, dan rasa bersalah.
Apa akan jadi seterusnya?
- Melaraskan rasa bersalah mempunyai bayi yang sakit.
- Berputus asa dengan kesedihan 'antisipatory' dan takut dengan kematian.
- Memahami bayi sendiri.
- Meningkatkan interaksi dengan bayi kamu.
Berapa lamakah masa untuk menyesuaikan diri?
Penyelesaian emosi ini biasanya mengambil masa berbulan hingga tahun. Dalam tempoh ini, beberapa orang ibu bapa terlibat dalam kumpulan sokongan atau organisasi ibu bapa.
Apa boleh saya lakukan untuk membantu diri saya?
- Belajar tentang tindak balas emosi yang biasa supaya anda memahami bahawa apa yang anda alami adalah normal.
- Bercakap dengan seseorang. Sama ada dengan pasangan, keluarga, dan rakan-rakan. Ramai ibu bapa terlibat dalam kumpulan sokongan ibu bapa atau menawarkan untuk bercakap dengan ibu bapa baru bayi dengan masalah yang sama.
- Cari maklumat tentang masalah bayi. Bertanya banyak soalan. Memahami sebanyak yang mampu tentang bayi kamu.
- Melibatkan diri dalam penjagaan bayi kamu semampu yang boleh.
- Menghargai mempunyai bayi yang sakit adalah mungkin menjadi satu tekanan hidup terbesar yang pernah anda hadapi.
- Menjaga diri anda- mendapatkan tidur yang secukupnya dan nutrisi yang banyak.
- Mempelajari teknik relaks, mendengar muzik yang lembut, mandi dengan air suam.
- Membenarkan diri mengambil cuti daripada NICU. Tekanan NICU dapat memberikan tekanan yang besar kepada anda.
Blog ini ditulis oleh : Elfira Hosna Binti Osman